Wednesday, March 18, 2009

BAJET MINI 2009

“Kita perlu peka kepada saranan rakyat yang semakin lantang dan kerap diutarakan supaya kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat”

- DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Kewangan ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi kedua dalam Bajet Mini di Dewan Rakyat petang semalam

RM 60 Billion4 Teras Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua
1. RM 2 BillionMengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan
2. RM 10 BillionMeringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas
3. RM 29 BillionMembantu sektor swasta menghadapi krisis
4. RM 19 BillionMembina keupayaan masa depan

Bajet Mini 2009



Pekerjaan
Mewujudkan 163, 000 peluang latihan dan pekerjaan dengan 100,000 inisiatif usaha sama antara kerajaan dan majikan swasta
Majikan yang memberhentikan pekerja mulai 1 Julai 2008 diberi potongan cukai dua kali ke atas amaun gaji dibayar.
Kerajaan akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pegawai kontrak di pelbagai agensi kerajaan.



Pekerja Asing
Bayaran levi kepada pekerja asing dinaikkan dua kali ganda bagi semua bidang kecuali pembinaan, perladangan dan pembantu rumah, selain levi dibayar oleh majikan dan bukannya pekerja.
Membeku pengeluaran lesen agensi pengambilan pekerja asing (outsourcing) dan memperketatkan syarat pengambilan.



Subsidi
Peruntukan tambahan RM674 juta sebagai subsidi bagi mengelakkan kenaikan harga bahan makanan seperti gula, roti dan tepung gandum


Automotif
Menambah dana RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif
Pemilikan sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kerata berusia 10 tahun atau lebih diberi diskaun RM5,000 untuk membeli kereta baru



Tol
Menyediakan RM480 juta supaya kadar tol tidak dinaikkan untuk mengelakkan rakyat terbeban.


Pendidikan
400 siswazah akan mendapat faedah skim Prosper siswaazah dengan pembiayaan Tambahan jumlah biasiswa untuk kemasukan ke universiti swasta tempatan
RM 1.95 billion untuk membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, termasuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, SJK Cina dan SJK Tamil dan sekolah mubaligh.



Perumahan
Pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama tiga tahun
Tambahan RM200 juta bagi membina Rumah Mesar Rakyat
Institusi perbankan bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan oleh pekerja yang diberhentikan selama satu tahun. Pendapatan faedah bank berkaitan dengan penangguhan bayaran balik perumahan hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima.



Pelaburan
Rebat sebanyak 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan dalam tempoh dua tahun bermula 1 April 2009
Dana pelaburan Khazanah Nasional Bhd, ditingkatkan sebanyak RM10 billion.



Ekonomi
Kerajaan akan terbitkan Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah bernilai RM5 billion tahun ini
RM1.2 billion diperuntukkan untuk penyediaan infrastruktur dan aktiviti ekonomi Sabah dan Sarawak
Kerajaan akan menubuhkan Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula industri bernilai RM5 billion



Pembiayaan
Dana mikro kredit bernilai RM1.5 billion yang akan disalurkan kepada peniaga kecil di bandar dan luar bandar.
Skim Jaminan Modal Kerja bernilai RM 5 billion ditubuhkan bagi membiayai modal kerja syarikat-syarikat yang memiliki dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta
Institusi Jaminan Kewangan atau Financial Guarantee Instituition (FGI) akan ditubuhkan untuk sediakan penambahan kredit kepada syarikat swasta yang ingin mendapatkan pembiayaan pasaran bon.



Bajet Defisit 7.6 Peratus Tahun Ini
KUALA LUMPUR 10 Mac - Perbelanjaan besar kerajaan terhadap bajet mini bagi mengurangkan impak daripada krisis kewangan global semasa akan menyebabkan bajet defisit meningkat kepada 7.6 peratus pada tahun ini berbanding 4.8 peratus sebelum ini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pihaknya bagaimanapun yakin melalui dasar fiskal negara yang fleksibiliti dan keupayaan yang baik, saiz defisit yang tinggi dapat ditampung.

''Keupayaan kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal mapan jelas terlihat daripada kejayaan kita mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada tahun 2002 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007.

''Malah ketika negara mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi dalam tahun 1982, kita mengalami defisit sebanyak 16.6 peratus ekoran dasar fiskal mengembang terutamanya untuk membina infrastruktur negara," katanya semasa mengumumkan pakej rangsangan kedua dalam bajet mini, di Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, langkah itu telah meningkatkan potensi pertumbuhan negara yang membawa kepada kejayaan untuk mencapai pertumbuhan setinggi sembilan peratus pada awal 1990an.

''Kerajaan akan memastikan kedudukan fiskal kembali mapan," terangnya.

Tambah beliau, defisit semasa itu akan dibiayai daripada sumber dalam negeri memandangkan tahap kecairan yang tinggi dalam sistem kewangan tempatan.

Tambahan pula, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan masih berada pada tahap yang berhemah.

''Pembiayaan defisit ini juga tidak akan menimbulkan kesan 'crowding out' sektor swasta untuk mendapatkan dana terutamanya daripada pasaran bon negara yang telah berkembang pesat dan kini merupakan yang kedua terbesar di rantau Asia Timur," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Skim RM5 Bilion Dana Jaminan Struktur Semula Industri
KUALA LUMPUR 10 Mac - Kerajaan akan menubuhkan Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri bernilai RM5 bilion yang menyediakan pinjaman bagi meningkatkan produktiviti dan nilai ditambah lebih tinggi serta menggalakkan aplikasi teknologi hijau.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, di bawah skim itu, kerajaan menyediakan jaminan berasaskan nisbah 80:20 dengan 80 peratus oleh kerajaan dan 20 peratus oleh institusi-institusi kewangan bagi mana-mana syarikat yang pemegang ekuitinya kurang RM20 juta.

"Bagi syarikat dengan dana pemegang ekuiti berjumlah RM20 juta dan ke atas, nisbah jaminannya adalah 50:50 dengan had maksimum pinjaman adalah RM50 juta dan tempoh pinjaman sehingga 10 tahun," katanya.

Persekitaran ekonomi yang lembap pada masa ini memberikan ruang kepada firma perniagaan di negara ini untuk menambah baik struktur ekonomi negara bagi membolehkannya beranjak pada tahap lebih pantas ke arah peningkatan produktiviti, nilai ditambah lebih tinggi serta penggunaan teknologi hijau.

Selain memantapkan lagi potensi pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa yang panjang, anjakan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan dengan ganjaran yang lebih tinggi selaras dengan kemahiran mereka, di samping mengurangkan kebergantungan negara kepada guna tenaga asing bukan mahir.

Sumber: Utusan Malaysia

Majikan Ambil Pekerja Dihenti Dapat Potongan Cukai Dua Kali
KUALA LUMPUR 10 Mac - Kerajaan hari ini mencadangkan majikan yang menggajikan pekerja diberhentikan mulai 1 Julai 2008 akan diberikan potongan cukai dua kali ganda ke atas jumlah gaji yang dibayar berkuatkuasa hari ini hingga 31 Disember 2010.


Cadangan itu bertujuan supaya syarikat swasta memainkan peranan bagi memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang telah diberhentikan kerja termasuk Skim Pemisahan Sukarela, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Berucap pada pembentangan pakej rangsangan kedua dalam bajet mini, beliau berkata, jumlah potongan yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan dan terhadap kepada 12 bulan gaji untuk setiap pekerja.

Katanya, galakan ini berkuatkuasa bagi pekerja yang dilantik mulai 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010.

Najib berkata, sebagai contoh majikan yang mengambil seorang pekerja yang telah diberhentikan oleh syarikat lain dan membayar gaji RM24,000 setahun dan biasanya potongan cukai kepada majikan adalah RM24,000 dari keuntungan.

''Tetapi, dengan langkah ini syarikat dibenarkan memotong RM48,000 dari keuntungan iaitu dua kali ganda gaji. Ini merupakan pengurangan cukai tambahan RM6,000 atau 25 peratus daripada RM24,000,'' kata beliau.

Sumber: Utusan Malaysia

RM2b untuk PFI, kerjasama awam swasta
KUALA LUMPUR 10 Mac – Kerajaan akan menyediakan dana sebanyak RM2 bilion bagi membantu pelaksanaan projek di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan kerjasama awam swasta.


Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat swasta akan dipelawa untuk membida dana tersebut dan projek PFI akan dilaksanakan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pengusaha sektor swasta akan melaksana, membiayai dan menanggung risiko projek.


‘‘Sebahagian besar hasil pendapatan projek ini perlu dijana daripada sektor swasta dan bukan sumber kerajaan.

‘‘Bantuan pembiayaan kerajaan hanya adalah sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan kos pelaburan kerana ia berperanan sebagai pelincir supaya sesuatu projek itu mampu berdaya maju,” katanya sewaktu membentangkan pakej rangsangan kedua dalam bajet mini di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Dana Mikro Kredit RM1.5b Bagi Peniaga Kecil
KUALA LUMPUR 10 Mac - Kerajaan menyediakan dana mikro kredit di bawah program mikro kredit tanpa cagaran sebanyak RM1.5 bilion yang disalurkan kepada peniaga kecil di bandar dan luar bandar.


Setakat ini, program itu disediakan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, Bank Simpanan Nasional dan AgroBank.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai tambahan, program yang diletakkan di bawah AgroBank, akan diperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk membantu petani dan perniagaan berasaskan pertanian di luar bandar.

''Manakala RM50 juta untuk program di bawah TEKUN. Selain itu, untuk membantu nelayan, kerajaan menyediakan peruntukkan permulaan kepada Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),'' jelasnya.

Sementara itu, kerajaan juga akan memastikan rakyat luar bandar menikmati kemudahan asas terutama bekalan elektrik dan air di luar bandar.

''Peruntukkan sebanyak RM230 juta disediakan untuk projek meningkatkan liputan bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.

''Di samping itu, peruntukan sebanyak RM350 juta disediakan untuk bagi pembinaan jalan luar bandar bagi menggalakkan pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan,'' katanya.

Tambahnya, kerajaan juga akan menambahkan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak.


Sumber: Utusan Malaysia

Majikan Ambil Pekerja Dihenti Dapat Potongan Cukai Dua Kali
KUALA LUMPUR 10 Mac - Kerajaan hari ini mencadangkan majikan yang menggajikan pekerja diberhentikan mulai 1 Julai 2008 akan diberikan potongan cukai dua kali ganda ke atas jumlah gaji yang dibayar berkuatkuasa hari ini hingga 31 Disember 2010.


Cadangan itu bertujuan supaya syarikat swasta memainkan peranan bagi memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang telah diberhentikan kerja termasuk Skim Pemisahan Sukarela, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Berucap pada pembentangan pakej rangsangan kedua dalam bajet mini, beliau berkata, jumlah potongan yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan dan terhadap kepada 12 bulan gaji untuk setiap pekerja.

Katanya, galakan ini berkuatkuasa bagi pekerja yang dilantik mulai 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010.

Najib berkata, sebagai contoh majikan yang mengambil seorang pekerja yang telah diberhentikan oleh syarikat lain dan membayar gaji RM24,000 setahun dan biasanya potongan cukai kepada majikan adalah RM24,000 dari keuntungan.

''Tetapi, dengan langkah ini syarikat dibenarkan memotong RM48,000 dari keuntungan iaitu dua kali ganda gaji. Ini merupakan pengurangan cukai tambahan RM6,000 atau 25 peratus daripada RM24,000,'' kata beliau.

Sumber: Utusan Malaysia

Kos LCCT Baru Dijangka RM2 Bilion - Najib
KUALA LUMPUR 10 Mac - Pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang baru di Sepang dijangka menelan belanja sebanyak RM2 bilion.


Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada projek yang telah dikenal pasti oleh kerajaan untuk dilaksanakan di luar peruntukan bajet (off-budget) bernilai RM5 bilion.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, selain pembinaan LCCT itu, kerajaan akan melakukan pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang bernilai RM250 juta.

Najib berkata demikian ketika membentangkan pakej rangsangan kedua dalam bajet mini di sini hari ini.


Selain itu, tambah beliau, pelaburan berjumlah RM2.4 bilion oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan membabitkan pelaksanaan projek peningkatan infrastruktur telekomunikasi, termasuk perpustakaan jalur lebar, Pusat Jalur Lebar Komuniti serta penyediaan telefoni asas di 89 buah daerah di kawasan luar bandar.

''Ia juga melibatkan pembinaan jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutamanya di kawasan Segi Tiga Emas, di sini dengan kos sebanyak RM100 juta," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

No comments: